Porridge / Bubur Nasi

Thursday, May 6, 2010







Bubur Ayam Hongkong Recipes
Masakan China (Chinese Cuisine Recipes)

Bahan-Bahan: [Ingredients]
250 gram beras
1 liter air
1/2 sendok teh merica bubuk
1 ekor ayam, belah jadi 2
4 siung bawang putih
1 sendok teh garam
5 butir telur
5 buah cakue, iris halus
5 sendok teh tongcay
5 sendok teh bawang merah goreng
1 sendok makan daun ketumbar, cincang
Cara Memasak: [Cooking Instruction]

Cara membuat
  1. Didihkan air, masukkan ayam, rebus hingga ayam lunak, lalu angkat ayamnya, tiriskan, ambil dagingnya dan potong-potong berbentuk dadu.
  2. Tumis bawang putih hingga harum, lalu masukkan beras, aduk rata selama 3 menit, angkat dari api.
  3. Masukkan tumisan beras ke dalam sisa kaldu ayam, masak hingga menjadi bubur.
  4. Masukkan potongan daging ayam, merica bubuk, dan garam, aduk rata, angkat.
  5. Pecahkan 1 butir telur pada dasar mangkuk, tuangkan bubur panas-panas, lalu taburi atasnya dengan 1 buah cakue, 1 sendok teh tongcay, 1 sendok teh bawang merah goreng, dan sebagian daun ketumbar.


Bubur Ikan ala Hokien

Bahan-Bahan:
2 potong ikan kurau segar
100g ikan bilis putih (silver fish)
4 gayung sederhana beras wangi
1 ukuran jari telunjuk halia 50g daun bawang
Sesame oil (minyak bijan)
Lada sulah
Light sauce (kicap cair)

Cara:
  1. Masak beras sehingga kembang pecah, masukkan halia yg di hiris nipis sekali, sentiasa di kacau.
  2. Masukkan ikan bilis putih yg sudah dicuci dan di tos, kacau dan masukkan ikan kurau yg sudah dicuci bersih, buang tulang dan di potong dadu digaul dengan sedikit kicap cair & lada sulah.
  3. Setelah masak hidang di mangkuk dgn taburan daun bawang yg di hiris kecil sesudu minyak bijan dan lada sulah sesedap rasa.


Bubur Goreng
 
Bahan-Bahan:
3 Mangkuk Bubur Nasi
Bhn tumbuk halus:-
i) ½" halia
ii) 3 ulas bwg putih
iii)6 ulas bwg merah

3 sudu minyak masak
6 tangkai cili padi (potong)
2 sudu sos tiram
½ cwan air asam jawa

Cara:
  1. panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk halus hingga naik bau.
  2. masukkan cili padi & sos tiram, goreng sebentar kemudian air asam jawa dan biarkan mendidih.
  3. akhir sekali masukkan bubur dan masak dan kacau sekali sekala selama 15 minit.
Cadangan Hidangan:
jika suka hidangkan bersama ikan bilis goreng dan daun bawang.

 
 
Bubur Nasi Ayam
Bahan-Bahan:
1pot beras
100gm daging ayam - dihiris
1inci halia - dihiris
1 ulas bawang putih - dicincang
1-2 ulas bawang merah-dicincang
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Daun bawang & bawang goreng - buat tabur

Cara:
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih,bawang merah dan halia sampai wangi. Tuangkan air secukupnya dan didihkan. 
  2. Masukkan beras dan kacau sekali sekala sampai menjadi bubur. 
  3. Bubuh daging ayam, garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  4. Hidangkan bubur nasi dalam mangkuk bubur dan taburkan daun bawang dan bawang goreng di atasnya.
  5. Boleh dimakan panas atau sejuk utk sarapan pagi atau malam.

chicken chop

Tuesday, May 4, 2010

CHICKEN CHOP
Ingredients



2 large chicken breast, deboned and skinned
2/3 cup all purpose flour
2 eggs, lightly beaten
1 1/2 cups bread crumbs
1 tsp paprika
1 tsp salt
dash of pepper
Oil for deep frying

Method
  1. Cut each chicken breast in half at the centre, Pound it to flatten out
  2. Sprinkle salt and pepper
  3. Dust with flour, roll in beaten eggs, Mix breadcrumbs and paprika and press chicken breasts in the bread crumbs.
  4. Deep-fry in 170C oil for 8 minutes or until golden brown. Serve with sauce.
Mushroom sauce

Heat 2 tablespoons of butter in the sauce pan. Saute 1 large onion (thinly slice) until lightly golden. Add 1/2 cup of canned button mushroom (slice). Stir for a few minutes. Mix 1 packet McCormic brown sauce (or any brand) with one to two cups of water and pour into the sauce mixture, continue to stir. Add 1/2 to one cup of milk and continue to stir until the mixture thicken. Season with salt and pepper.



CHICKEN CHOP 1
1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
1 biji telur
1 biji tomato
1 helai daun salad
Sedikit daun pasli
Sedikit lada sulah
20 gm potato chip (digoreng)
20 keping biskut tawar (dikisar halus
Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam)

Bahan sos:
1 biji lada buah
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
½ batang lobak merah

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos lea & perrin
2 ulas bawang putih (dicincang halus)


Cara:

Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan.


 
 
CHICKEN CHOP 2
Bahan-bahan ( 2 orang )
*UNTUK DIPERAP*
2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 cm halia (cincang)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos Lee & Perrins
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
garam secukup rasa


*SOS BLACK PEPPER*
1/2 botol sos lada hitam
2-3 sudu besar sos tiram
3-4 cendawan butang (cincang)
1/2 biji bawang besar (cincang)
garam/gula secukup rasa


Cara-cara
  1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
  2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
  3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
  4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
  5. tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas. 6.caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa. OK?
 
 
CHICKEN CHOP 3

Bahan-Bahan:
seketul ayam (bahagian paha dan atasnya)
sebuku roti france (france bread)
sebiji telur
tepung gandum
sedikit garam
minyak
sos lada hitam


Cara:
  1. france bread dijemur sehingga keras dan dikisar untuk dijadikan serbuk roti. letak dalam sebuah bekas.
  2. ayam dibersihkan.Buang kulit dan tulang.Torehkan ayam sehinggan menjadi nipis dan lebar
  3. ayam disapu sedikit garam dan ditampal dengan tepung.
  4. pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau.Celupkan ayam tadi dengan telur
  5. ayam tadi kemudiannya dimasukkan kedalam bekas yang mengandungi serbuk roti tadi. Letak serbuk roti diatas ayam dan tekan supaya padat.
  6. Goreng dalam minyak yang banyak


Cadangan Hidangan:

Hidangkan bersama kentang goreng,salad dan sos black paper/ sos cili dan mayonis

Tambahan:


Cara buang tulang ayam..

toreh ayam betul-betul diatas tulang ayam bermula dari atas paha hingga ke hujung paha. Bila dah nampak tulang, kikis2 dan potong mana patut sampai tulan tercabut dari isi sehingga bahagian lutut ayam. Biarkan lutut ayam itu bertulang dan ambil pisau besar potong tulang yang sudah tercabut dari isi


 
CHICKEN CHOP 4
Bahan
2 keping daging ayam, dibuang tulang dan diketuk isinya
1 biji telur, dipukul sedikit
½ cawan tepung jagung minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar jus limau
½ sudu teh garam
½ sudu the serbuk lada hitam
½ sudu teh soda bikarbonat

Bahan untuk sos
250 ml stok ayam
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada putih
1/8 sudu teh serbuk lada hitam
¼ sudu teh garam
1 sudu besar sos tiram
½ sudu besar sos Worcestershire
½ sudu teh kicap cair beberapa titis kicap pekat
1 biji bawang besar, didadu kecil
1 sudu besar bawang putih, dicincang halus
½ sudu besar tepung gandum

Cara-caranya
  1. Daging ayam diperap dengan bahan-bahan perapan dan disimpan dalam peti sejuk selama beberapa jam atau sebaiknya semalaman.
  2. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
  3. Celup daging ayam yang telah diperap kedalam telur dan salut dengan tepung jagung.
  4. Goreng isi ayam tersebut sehingga garing dan berwarna kekuningan. Hidangkan di pinggan.
  5. Panaskan sedikit minyak di kuali dan masukkan bawang putih yang telah dicincang.
  6. Bila ia sudah naik bau masukkan pula bawang besar yang telah didadu.
  7. Goreng sehingga bawang layu dan naik bau.
  8. Masukkan tepung dan goreng sekejap.
  9. Kemudian masukkan pula serbuk lada putih, serbuk lada hitam, garam, sos tiram dan Worcestershire, kicap cair dan kicap pekat juga stok ayam.
  10. Reneh kuah ini sehingga ia memekat.
  11. Kemudian boleh tuang sos ini diatas chicken chop dan sebaiknya hidangkan panas.
  12. Hidangkan juga lauk sampingan seperti coleslaw, baked beans, mash potato atau kentang goreng.
  13. NOTA: Penggunaan soda bikarbonat adalah untuk melembutkan daging ayam tersebut. Jika tidak mahu menggunakannya pun tidak mengapa.
  14. Jika kuah tidak memekat boleh tambah 1 sudu besar tepung gandum dan kacau rata sehingga ia memekat.
  15. Sebaiknya gunakan serbuk lada hitam yang kasar-kasar jadi lebih terasa.

Cookies

Thursday, April 15, 2010

Choc Chips Ala Famous Amor
Bahan-bahannya:
1 cawan mentega @ 227 g
1 cawan gula halus (i kurangkan kepada 3/4 cawan)
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 sk esen vanila

2 cawan tepung serbaguna
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder
2 1/2 cawan blended oatmeal (sukat dulu baru blend jadi serbuk) i tak blend halus sangat
12 oz choc chips (kalau letak banyak lagi best, i letak 1 1/2 cawan)
1/2 sk garam
9 oz Cadbury bar (grated) kalau takde pun takpe; boleh pakai choc apa2
2 biji telur
1 1/2 cawan kekacang almond @ pecan @ walnut yang telah dicincang

Cara membuatnya:
  1. Pukul mentega dan kedua-dua gula sehingga kembang. Masukkan telur dan vanila dan pukul lagi. Masukkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
  2. Masukkan choc chips, choc bar dan kacang. Gaul rata.
  3. Bulatkan atau sudukan dan letak di atas dulang pembakar dengan jarak 2 inci.
  4. Bakar selama 10-12 minit dengan suhu 160C. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


Nestum Choc Rangup
Bahan-bahannya:
230 g mentega
1 cawan gula halus
1 biji telur
1 sk esen vanila
1 3/4 cawan tepung serbaguna
1/4 cawan tepung jagung
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder
2 sudu besar serbuk koko
1 1/2 cawan nestum
1 cawan choc chips

Cara membuatnya:
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan vanila dan pukul lagi. Masukkan tepung serbaguna, tepung jagung, serbuk koko, nestum, baking powder dan soda bikarbonat. Masukkan choc chips. Gaul rata.
  2. Bulatkan dan letak di atas dulang pembakar. Tekan doh tadi dengan garfu perlahan-lahan sehingga nipis. Buat sehingga habis dengan susun jarak antara biskut 2 inci.
  3. Bakar selama 9 minit dengan suhu 170C. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Chicken

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)

Bahan-2 untuk make up ayam :
3 biji bawang besar (lilly pakai 1 bawang besar je)
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr - tak letak
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar herba campuran -pakai all spice
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega
lilly tambah 2 sudu besar dried rosemary

Cara membuatnya:
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- Lilly perap 4 jam.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang putar n salad.





Ayam Blackpaper Mayonis
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar blackpepper
2 sudu besar madu
2 sudu besar gula
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil garam
3 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah

Cara membuatnya:
  1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga halus. Masukkan bahan blend di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
  2. Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati. Perap selama 2 atau 3 jam di dalam peti ais.
  3. Bakar pada suhu 200 C selama 1 jam atau sehingga masak, sedia untuk dihidangkan
 
 
 
Sup Ayam
Bahan-bahannya:
6-7 ketul ayam - dibersihkan
3 bawang putih - dikisar halus
1 biji bawang besar size sederhana- dikisar halus
1/2 inci halia - dikisar halus
2 sb perencah sup ayam Adabi
1 bunjut sup ayam
1/2 kiub perisa ayam
1 biji kentang dibelah 4
1/2 batang carrot
2 kuntum bunga kobis

1 inci kulit kayu manis
1 bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 liter air atau lebih
1 1/2 sb garam halus
daun bawang
bawang goreng

Cara membuatnya:
  1. Panaskan periuk dengan 2 sudu besar minyak. Apabila agak-agak minyak sudah panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih.
  2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi. Kacau sehingga naik bau. Masukkan perencah sup ayam yang telah digaul dengan sedikit air. Kacau lagi sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air. Masukkan sup bunjut. Tunggu sehingga air mendidih. Perlahankan api.
  4. Masukkan ayam dan kentang. Biarkan lebih kurang 15 minit sehingga ayam dan kentang masak.
  5. Masukkan carrot dan kubis bunga.
  6. Masukkan garam dan kiub ayam dan rasa. Tambah garam lagi jika perlu.
  7. Tunggu sehingga sup mendidih dan padamkan api.
  8. Taburkan daun bawang dan bawang goreng sewaktu menghidang.
 
 
 
Tomyam Putih Ayam
Bahan-bahannya:
5 ketul ayam - dipotong kecil
2 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang puti - diketuk @ dihiris
1 inci halia - dihiris

2 inci lengkuas - dihiris bulat
1 batang serai - diketuk
5-6 cili padi - diketuk
3 helai daun limau purut

1 1/2-2 liter air
1 paket serbuk tomyam putih adabi
1/2 batang carrot - potong bulat

2-3 kuntum bunga kobis
1 biji tomatao - dibelah 4
1 biji lemon

sedikit daun ketumbar
garam halus

Cara membuatnya:
  1. Panaskan periuk dan letakkan sedikit minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas. Kacau sampai naik bau. Masukkan ayam, serai dan cili padi. Kacau rata.
  2. Masukkan air dan serbuk tomyam putih. Tunggu hingga mendidih. Masukkan buah tomato, carrot, bunga kobis dan daun limau purut. Kacau.
  3. Perahkan lemon ke dalam sup tomyam dan letak daun ketumbar. Letak garam dan rasa mengikut citarasa. Biarkan kuah mendidih lagi 5-10 minit. Tutup api. Boleh dihidang.
 
 
 
Ayam Ala Paprik
Bahan-bahannya:
5 ketul ayam – dibersihkan dan potong sederhana kecil
2 bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dicincang
1 inci halia – dihiris
1 inci lengkuas - diketuk
1 batang serai diketuk
¼ kiub perisa tom yam knorr @ maggi
3 sb sos tiram
2 sb sos tomato
1 sb sos chili thai
1 – 2 biji cili hijau – dibelah dua
½ batang carrot
3 kuntum bunga kobis
2-3 helai daun limau purut
1 sb tepung jagung
3/4 cawan air
½ sb garam

Cara membuatnya:
  1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak. Masukkan bawang putih dan halia kacau. Masuk bawang besar, lengkuas dan cili hijau. Kacau sampai garing sedikit. Masukkan ayam dan serai. Goreng sampai naik bau.
  2. Letakkan air dan kiub tom yam. Biar mendidih. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos chili thai. Kacau rata.
  3. Masukkan carrot dan daun limau purut.Kacau. Tunggu sehingga ayam masak.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan garam. Kacau. Rasa dan tambah lagi garam ikut rasa.
  5. Kemudian masukkan bunga kobis dan kacau lagi. Biarkan sekejap. Padamkan api.


Lemon Chicken
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - bersihkan dan dipotong size sederhana
1 biji telur
sedikit lada sulah
3 sudu besar tepung jagung
1 biji bawang besar - dipotong baji
1 sudu besar minyak masak
hirisan buah lemon

Untuk sos
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 biji lemon - diperah ambil airnya
1 sudu besar pati jus lemon
3 sudu besar gula

garam secukup rasa
1/4 cawan air

Cara membuatnya:
  1. Pukul telur di dalam bekas hingga kembang. Masukkan lada sulah. Gaul ayam dan perap selama 10 minit. Salut ayam dengan tepung jagung sebelum menggoreng ayam. Goreng ayam hingga masak dan kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Masukkan semua bahan untuk sos di dalam bekas. Kacau. Ketepikan.
  3. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga kekuningan.
  4. Masukkan bahan sos, sedikit air, hirisan lemon dan garam gula secukup rasa. Masukkan ayam dan gaul rata. Tutup api dan sedia untuk dihidang


Ayam Masak Merah
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam - dipotong kecil
(letak kunyit dan garam dan goreng separuh masak)
10-15 tangkai cili kering @ 4 sb cili kisar
1 1/2 inci halia -dikisar halus
5 ulas bawang putih -dikisar halus
2 labu bawang besar -dikisar halus
1 batang serai -dititik
4 sudu besar pes tomato
1/2 cawan santan
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
bawang besar - dipotong bulat
kacang peas - jika suka

Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan 4 sekawan. Kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar dan serai hingga garing. Masukkan pes tomato dan kacau rata. Masukkan sedikit air jika kering.
  2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, buah tomato, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  3. Gaulkan hingga sebati dan rata. Akhir sekali masukkan santan dan kacau.
  4. Apabila agak sedikit kering bolehlah diangkat

Spageti / Pasta

Wednesday, April 14, 2010

Spageti Seafood

Bahan-bahan:
1 packet Spaghetti direbus
2 ekor sotong dipotong kecil
400 gm udang hidup
6 ulas bawang putih dihiris
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji lada besar dihiris (capsicum)
5 biji lada merah dihiris
minyak zaitun 1 cawan
garam secukup rasa


Cara menyediakan:
1) Gorengkan bawang putih, lada besar dan cili merah selama 8-10 minit.
2) Masukkan udang dan sotong.
3) Kemudian masukkan lada sula, garam dan serbuk lada hitam.
4) Masukkan spaghetti dan goreng selama 10 minit.
5) Hiaskan dengan daun parsley.



 
 
Spageti Asparagus
Bahan-Bahan:
250 gm asparagus
200 gm pasta spageti (rebus)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 labu bawang besar (cincang)
100 gm puri tomato
3 biji tomato (cincang)
30 gm daun selasih (cincang)
Garam secukup rasa
Secubit oregano kering


Cara Menyediakan:
1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan tomato, puri tomato, daun selasih dan oregano. Tumis dan kacau rata.
3. Masukkan asparagus dan masak dengan rata.
4. Kemudian masukkan pasta dan gaul rata







Spageti Goreng
Bahan-bahan A:
200 gm isi ayam, hiris nipis
10 ekor udang
2 sudu makan (bumbung) sos barbeku tradisional
2 sudu makan (bumbung) sos tiram
2 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan oregano
1 sudu makan lada hitam, tumbuk kasar - boleh kurangkan jika tak mahu pedas
Sedikit lada sulah


Bahan-bahan B:
1 labu bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, cincang
1 biji tomato, hiris
1/2 biji lada benggala, hiris
Bahan-bahan C:
200 gm spaghetti, direbus


Cara menyediakannya:
1. Campurkan semua bahan A dan perap (saya perap dalam 4 jam).
2. Panaskan sedikit minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih.
3. Masukkan A, tomato dan sedikit air.
4. Setelah mendidih, masukkan spaghetti dan lada benggala. Gaul rata.
5. Sedia untuk dihidang
 
 
Spageti Bolognese
Bahan-bahan
1 paket spagetti
400 gm daging cincang halus [mince meat]
1 tin cendawan butang [potong 2]
1 biji carrot [potong dadu]
2 biji putik jagung [potong kecil]
2 biji tomato [potong dadu]
4 s/b cili mesin
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 s/b lada hitam
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan air
minyak
garam
aregano
daun sup [cincang halus]


Cara Memasak
1. Panaskan air dan garam. Bila mendideh masukkan spagetti. Biarkan lembut dan toskan.
2. Gaulkan dengan sedikit minyak dan masukkan dalam pinggan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Biarkan sehingga wangi.
4. Masukkan cili dan kacau sehingga wangi & naik minyak.
5. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak lagi.
6. Masukkan sos tomato, sayuran yg dipotong, garam, air dan lada hitam.
7. Gaul rata dan biarkan naik minyak lagi.
8. Angkat dan tuangkan atas spagetti yg didalam pinggan.
9. Taburkan aregano dan hirisan daun sup


Baked Macaroni with cheese
Bahan-Bahan:
475 ml susu segar
1 helai daun bay
secubit serbuk buah pala
50 g mentega
40 g tepung
175 g cheese Parmesan atau Cheddar (atau campuran kedua-dua)
40 g serbuk roti
450 g macaroni (atau pasta yang pendek)
secubit garam
sedikit serbuk lada hitam

Cara Menyediakan:
Untuk membuat "bechamel sauce" :

  1. Panaskan susu dan daun bay di dalam periuk kecil dengan api perlahan. Awas, jangan biarkan ia mendidih. Ketepikan.
  2. Cairkan mentega di dalam periuk. Masukkan tepung, sebatikan.
  3. Masak selama 2-3 minit. Hati-hati agar tidak hangit.
  4. Tapiskan campuran susu tadi dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Sebatikan dan gaulkan perlahan.
  5. Masak sehingga mendidih, kacau selalu. Masak selama selama 4-5 minit. Masukkan sedikit garam dan lada hitam dan serbuk buah pala.
  6. Padamkan api dan masukkan 30 ml cheese dan kacau hingga cheese cair dan sebati.
  7. Panaskan oven 200 darjah C (400 darjah F). Sapukan sedikit mentega pada bekas casserole (oven proof) dan taburkan sedikit serbuk roti.
  8. Sambil itu, rebus pasta dengan air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (atau salted butter) sehingga 3/4 masak atau "al dente". (Tip : kurang sedikit daripada masa yang dianjurkan di paket).
  9. Buang air rebusan pasta dengan penapis.
  10. Masukkan ke dalam "sos bechamel" tadi, gaul rata. Masukkan ke dalam bekas casserole. Taburkan serbuk roti dan baki cheese tadi.
  11. Bakar selama 20 minit sehingga kekuningan dan cheese membuak.
 
 
Lasagna
Bahan-Bahan:
1 kg daging kisar
50 gm lobak (dadu)
50 gm seleri (dadu)
50 gm bawang besar (dadu)
20 gm bawang putih (titik)
2 biji kuning telur
100 gm mentega
20 gm keju parmesan
100 gm keju mozzarella
1 liter susu segar
500 gm kulit lasagna
100 gm pes tomato
20 gm tepung gandum
10 gm thyme
10 gm daun rosemary
20 gm parseli
Garam dan lada putih secukup rasa
Sedikit minyak

Cara Menyediakan:
  1. Untuk membuat sos daging, panaskan minyak, masukkan bahan yang didadu bersama bawang putih, daging kisar, pes tomato, thyme dan rosemary. Tumis hingga daging masak.
  2. Untuk membuat sos mornay, cairkan mentega, masukkan tepung gandum. Kacau rata dan masukkan susu segar, kacau pekat dan sebati.
  3. Tutupkan api, masukkan kuning telur dan keju parmesan. Kacau rata.
  4. Sapukan acuan dengan sedikit mentega. Letakkan kulit lasagne (telah direbus) berselang-seli dengan sos daging, sos mornay dan keju mozarella.
  5. Habiskan lapisan teratas dengan kulit lasagne dan keju mozarella.
  6. Bakar di dalam ketuhar 180oC selama 20 minit.


 
Pasta n chicken salad
Bahan-bahan:
250 g tricolor fussili
5-6 biji baby potato } tak de baby potato boleh guna mak potato dlm 1-2 biji
1 keping dada ayam
mayonis sikit
lada hitam sikit } tumbuk
garam secukup rasa
olive oil
lemon jus secoet } optional

Cara membuat:

  1. Rebus fussili dgn sket garam sehingga lembut, toskan kemudian gaul dgn sket olive oil

  2. Dada ayam perap dgn sket garam dan lada hitam pastu masukkan dlm oven selama 30 min, bila masak potong dadu

  3. Baby potato rebus dgn kulit hingga empuk kemudian kupas dan potong 2

  4. Dalam mangkuk yg besar, masukkan fussili, potato, mayonis, lada hitam, olive oil dan garam secukup rasa

  5. Gaul sekata, sebelum dihidangkan tabur kan ayam atasnya


 
Macaroni goreng berempah
Bahan-bahannya
200gm makaroni maggi
3 camca besar minyak masak

Bahan A
1 labu bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dicincang
1 tangkai daun kari
1 camca teh biji sawi

Bahan B
2 pek perencah bihun goreng maggi
1 camca besar serbuk kari
100 gm daging ayam dipotong dadu
11/2 camca teh kicap pekat maggi
1 camca teh serbuk pati ayam maggi
3 pokok daun sawi, dipotong 3 cm panjang
Garam dan gula secukup rasa
Bawang goreng, hirisan cili merah dan hirisan daun bawang

Cara-caranya
  1. Masak makaroni mengikut arahan pada pek
  2. Panaskan minyak, goreng ramuan A sehingga kekuningan.
  3. Masukkan pes maggi dan serbuk kari, tumis hingga terbit bau.
  4. Tambahkan daging ayam dan goreng selama 2 minit.
  5. Masukkan kicap maggi, serbuk pati maggi, makaroni dan daun sawi.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Hiaskan dengan bawang goreng, hirisan cili merah dan daun bawang.
 
Pasta Goreng 1
Bahan-bahan
500 gm pasta campuran [makaroni/fussili/pasta siput - rebus sampai lembut]
300 gm daging ayam [kisar/cincang]
1 tin cendawan butang [potong kecil/nipis]
4 biji buah tomato hijau [potong dadu]
1 biji cili capsicum merah [potong dadu]
1 biji cili capsicum hijau [potong dadu]
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 cawan sayur campur frozen
3 sudu cili sos
1/2 cawan sos tomato
garam
gula
minyak
daun sup [racik]

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga wangi dan layu.

  2. Masukkan ayam dan goreng sehingga masak.

  3. cili sos, sos tomato, garam, dan gula. Kacau rata.

  4. Masukkan semua sayuran. Kacau rata,

  5. Rasakan garamnya dan tutup api.

  6. Masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup dan hidangkan.


 
 
PASTA PENNE 3 WARNA
 
Bahan-Bahan
500 gm pasta penne 3warna
1 biji bawang besar - cincang kasar
2 sudu makan minyak zaitun
2 ulas bawang putih
2x425 gm tomato dalam tin-potong kasar
500 gm cendawan butang
2 sudu parsley segar -dicincang
garam dan serbuk lada hitam
 
Cara Cara
  1. Bersihkan cendawan, hiris tipis-tipis
  2. Panaskan minyak, tumis bawang dan bawang putih. Kacau selama 6 minit, kacau sekali-sekala hingga warnanya kekuningan. Kecilkan api, tutup kuali dan didihkan selama 15 minit.
  3. Masukkan tomato dan jusnya, serta cendawan. Biarkan mendidih. Kecilkan api, tutup kuali, dan didihkan selama 15 minit.
  4. Didihkan air di dalam periuk, masukkan pasta 3 warna, masak hingga lembut.
  5. Tos airnya, dan masukkan semula ke dalam periuk.
  6. Tabur parsley, garam dan lada hitam.
  7. Tuang sos ke atas pasta, dan gaul rata.
 MAKARONI BAKAR 1 (BAKED MACARONI)

Bahan-bahan
1 paket macaroni (dicelur dalam air panas sehingga kembang dan ditoskan)
¼ kati daging cincang
1 tin susu cair/ideal milk(besar)
1 tin air
4 bji telur (dipukul)
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
(semua ditumbuk)
sedikit daun sup dan daun bawang
sedikit bawang goreng
3 sudu rempah daging
minyak utk menumis

Cara Membuatnya
  1. Tumis bawang dan rempah hingga kuning.
  2. Masukkan daging cincang dan goreng sehingga sebati.
  3. Masukkan makaroni dalam bekas pembakar dan tuangkan adunan daging. Gaul rata. Masukkan susu, kacau rata.
  4. Pecahkan telur dan pukul sedikit kemudian tuang atas macaroni. Ratakan (jgn dikacau)
  5. Hias dengan daun sup dan bawang goreng.
  6. Bakar dgn api yg sederhana.


MAKARONI BAKAR 2
300gm macaroni
250 gm daging cincang
4 biji telor (pukul kembang)
3 sudu rempah kari
2 labu bawang besar
1 tin susu cair
1 cawan air
sedikit keju parut
minyak utk menumis & garam


Cara-cara
  1. rebus makaroni hingga empuk & toskan
  2. kemudian panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukan daging & kacau rata hingga daging masak
  4. Selepas itu masukkan susu garam dan gula. Kacau rata
  5. Masukan makaroni air dan kacau hingga mendidih.
  6. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.
  7. Tuangkan telor dan taburkan keju. Bakar selama 180 C (45 minit}

MAKARONI BAKAR 3
1 kotak makaroni (Buitoni-3 minit dah masak)
1 mangkuk Keju cheddar diparut
1 mangkuk sayuran campur
½ mangkuk daging ayam/lembu cincang
3-4 batang sosej ayam/daging
1 tin mashroom/chicken soup
2-3 ulas bawang putih
1 tin cendawan butang(di hiris nipis)
1 biji telur ayam
Sedikit Parmesan Cheese

Cara:
  1. Rebus makaroni bersama butter sehingga lembut dan toskan.Cincang bawang putih dan tumiskan sehingga naik bau.masukkan Daging cincang dan sosej yang telah di hancurkan apabila daging sudah agak masak masukkan cendawan butang yang telah dihiris nipis dan sayuran campur tadi.Masak sehingga semuanya sebati. Taburkan sedikit lada putih.
  2. Sementara itu campurkan 1 tin mashroom/chicken soup dengan sebiji telur dan kacau sedikit sehingga menjadi sos.
  3. Sediakan satu loyang untuk membakar dengan dilengserkan dengan sedikit butter supaya makaroni tidak melekat apabila telah masak.
  4. Mula-mula taburkan makaroni satu lapisan dan diikuti dengan sayur campur dan satu lapisan keju yang telah diparut.kemudian buat satu lagi lapisan seperti tadi sehingga 2 lapisan dan lapisan yang terakhir sekali taburkan makaroni sahaja dan diikuti dengan sos mushroom/chicken soup tadi dan taburkan sedikit keju lagi diatasnya.
  5. Bahan tadi di bakar didalam oven selama 1/2 jam atau sehingga masak dan lapisan atas kelihatan agak kekuningan tapi jangan sampai hangus.

Rendang Daging

Rendang Daging

Bahan-bahan:
1 kg daging [potong nipis kecil]
5 helai daun kunyit [mayang halus]
2 batang serai [ketuk]
2 ulas bawang putih [ketuk[
1/2 cawan minyak
2 cawan santan pekat
2 s/besar kerisik

1 s/besar gula merah
garam



Bahan dikisar:
15 tangkai cili kering + ciliapi mengikut kepedasan sendiri
3 biji bawang besar

10 biji bawang merah
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia halus

1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

5 batang serai



Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan.
2. Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.

3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan rempah mesin sebentar.

4. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat
5. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
6. Biarkan sehingga naik minyak.
7. Boleh dihidangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja.